Pembangunan pesat negara telah membawa kepada pembukaan banyak kawasan perbandaran dan penempatan baharu. Keperluan kawasan pembangunan ini semakin mendesak sehingga meliputi kawasan yang terhad dan sensitif yang mendedahkan kepada risiko bencana. Ini diburukkan lagi dengan keadaan cuaca ekstrim dengan statistik kejadian bencana seperti tanah runtuh, aliran lumpur dan tanah mendap semakin meningkat yang mengakibatkan kesan kemusnahan dan kerugian yang besar.
Pengetahuan dan kepakaran dalam proses semulajadi bumi serta pemetaan terperinci geobencana yang disediakan oleh JMG akan memastikan perancangan pembangunan yang mampan. Selaras dengan komitmen negara terhadap pengurusan risiko bencana berdasarkan World Summit Outcome 2005 on Human Security dan Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015 - 2030. JMG perlu mempertingkatkan kepakaran bagi memberi input penting geosains dalam perancangan pembangunan dan membantu pemulihan pasca kejadian bencana.