Jaminan dan kemampanan sumber air perlu dikekalkan bagi memastikan kebolehdapatan dan bekalan yang mencukupi serta selamat untuk menampung keperluan alam dan manusia. Penggunaan secara mampan dengan mengoptimumkan opsyen sumber air yang pelbagai jenis secara konjungtif dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber sedia ada.
Selaras dengan Dasar Sumber Air Negara, JMG berperanan untuk mengenalpasti potensi sumber air bawah tanah bagi menyokong permintaan bekalan air bersih yang semakin meningkat. Sumber air bawah tanah juga perlu ditentukan di kawasan-kawasan sensitif sebagai tindakbalas bantuan bencana seperti pencegahan kebakaran gambut. Pengurusan sumber air bawah tanah yang komprehensif akan menjamin sumber bekalan air bersih yang berterusan, seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat dan kesejahteraan persekitaran.