JMG bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pembangunan Mineral 1994, Kaedah-Kaedah Kuari serta Peraturan-Peraturan yang berkaitan dengannya untuk pengusahasilan mineral di negeri-negeri. Disamping itu, JMG juga turut terlibat dalam membantu menguatkuasakan undang-undang mineral negeri yang lain seperti Enakmen Mineral Negeri.
Untuk memastikan kemampanan pengusahasilan mineral, hak melombong dikeluarkan hanya kepada pelombong sebenar (genuine miner) dengan keluasan kawasan dan mengikut tempoh jangka hayat longgokan. Di samping itu, aktiviti eksplorasi mineral dijalankan secara berterusan dan sistematik untuk menyokong ketersediaan longgokan mineral yang boleh diusahasilkan.