Soalan Lazim
Permohonan Set Data Asas (Fundamental Dataset) atau / dan maklumat terperinci hendaklah dibuat melalui JMG dengan :
- Melengkapkan Borang Permohonan Data Individu atau Borang Permohonan Data Pukal melalui Sistem MyGEMS serta dikepilkan bersama:
-
- Borang PPNM - 1 (Pind.1/2008); format PDF
- Maklumat Kawasan Kajian [(1) peta digital (pdf) atau (2) data geospatial (shp)]; format ZIP
- Dokumen sokongan; format PDF iaitu:
-
-
- Surat Iringan beserta justifikasi lengkap
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Ketua Setiausaha / Timbalan Ketua Setiausaha / Ketua Penolong Setiausaha / Ketua Pengarah /Timbalan Ketua Pengarah / Penolong Ketua Pengarah / Ketua Jabatan Negeri / Timbalan Ketua Jabatan Negeri)
- Salinan Kad Pengenalan Wakil yang akan mengambil data (jika berkenaan)
-
- Mendapatkan pengesahan status Pembayaran dalam aplikasi permohonan data.
- Borang Akuan Terima hendaklah dilengkapkan sebelum data dibekalkan.
- Melaksanakan proses Muat-turun data melalui sistem MyGEMS setelah status permohonan diluluskan
Permohonan Set Data Asas (Fundamental Dataset) melalui MyGDI dengan kebenaran edaran oleh JMG dan terhad kepada Set Data Asas (Fundamental Dataset) sahaja. Sila hubungi pihak Pusat Geospatial Negara (PGN) atau layari laman Malaysia Geoportal (mygeoportal) untuk maklumat selanjutnya.