Soalan Lazim
Ya.
Perkongsian data adalah berbayar bagi pemohon daripada agensi swasta / orang awam melalui sistem ini.
Perkongsian data adalah BERBAYAR dengan penetapan harga jualan seperti dibawah.
Permohonan Set Data Asas (Fundamental Dataset) boleh dibuat melalui JMG dengan:
- Melengkapkan Borang Permohonan Data Individu atau Borang Permohonan Data Pukal melalui Sistem MyGEMS serta dikepilkan bersama:
-
- Borang PPNM - 1 (Pind.1/2008); format PDF
- Salinan Borang Lantikan Perunding / Kontraktor (Undertaking by Appointed Consultant / Contractor) sekiranya dokumen hendak dibawa ke luar negara atau dilantik oleh Jabatan Kerajaan; format PDF
- Maklumat Kawasan Kajian [(1) peta digital (pdf) atau (2) data geospatial (shp)]; format ZIP
- Dokumen sokongan; format PDF iaitu:
-
-
- Surat Iringan beserta justifikasi lengkap
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Ketua Setiausaha / Timbalan Ketua Setiausaha / Ketua Penolong Setiausaha / Ketua Pengarah /Timbalan Ketua Pengarah / Penolong Ketua Pengarah / Ketua Jabatan Negeri / Timbalan Ketua Jabatan Negeri)
- Salinan Kad Pengenalan Wakil yang akan mengambil data (jika berkenaan)
-
- Mendapatkan pengesahan status Pembayaran dalam aplikasi permohonan data.
- Borang Akuan Terima hendaklah dilengkapkan sebelum data dibekalkan.
- Melaksanakan proses Muat-turun data melalui sistem MyGEMS setelah status permohonan diluluskan
Kadar Harga Jualan Data Geospatial [Ringgit Malaysia (RM)]
Harga ditetapkan adalah mengikut saiz megabait dan mengikut jenis produk yang dikeluarkan seperti berikut:
Produk (format .shp) | Harga per Megabait (RM) |
Geologi Sumber Mineral Geokimia Hidrogeologi Geologi Kejuruteraan |
200.00 |
Geofizik |
300.00 |
Geologi Marin |
650.00 |
Harga ini telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling Ketua Pengarah JMG Bil. 1 Tahun 2011 - Prosedur Perkongsian Dokumen Geospatial dan Penetapan Kadar Caj Harga Data Digital Jabatan.