Soalan Lazim

Tidak perlu, kecuali jika anda dilantik sebagai Pengguna MyGEMS.

Langkah yang perlu diambil sebagai pengguna yang dilantik ialah

  1. Lawati laman sesawang JMG dan lengkapkan Borang Permohonan Pelantikan: [ https://www.jmg.gov.my/index.php?option=com_rsform&view=rsform&formId=56&Itemid=1466 ] - Surat Sokongan Lantikan akan dijana.
  2. Lawati Portal MyGEMS dan lengkapkan Borang Pendaftaran: [ https://mygems.jmg.gov.my/apps/pendaftaran ] -Surat Sokongan Lantikan perlu dilampirkan.

Data Geospatial yang tersedia untuk perkongisan adalah terhad kepada Set Data Asas (Fundamental Dataset) iaitu:

BIL KOD NAMA FITUR
1 GA1000 Surficial Deposit
2 GA2000 Sedimentary Rock
3 GA3000 Igneous Rocks
4 GA4000 Metamorphic Rocks
5 GB1000 Minerals
6 GD2000 Mines
7 GD3000 Quarry Site
8 GE1100 Geological Mapping Area
9 GE1200 Geochemical Survey Area
10 GE1300 Geophysical Survey Area
11 GF1100 Faulting
12 GF5000 Geological Lithostratigraphic Unit
13 GF6000 Geological Lithodemic Unit
14 GG1000 Hydrogeological Survey Area
15 GG1100 Groundwater Potential Area
16 GG1300 Groundwater Well
17 GG2000 Engineering Geology Survey Area
18 GG3000 Marine Geology Survey Area

 

Permohonan Data Asas ini ditawarkan kepada semua kategori pengguna sama ada Agensi Kerajaan (G2G), Agensi Swasta / Orang Awam (G2B / G2C), Institut Pendidikan / Penyelidikan (G2E) dan Kakitangan JMG.

Permohonan maklumat terperinci pula hanya ditawarkan kepada pengguna kategori Agensi Kerajaan (G2G) dan Kakitangan JMG. Sila hubungi mana-mana Pejabat JMG yang berdekatan anda untuk maklumat lanjut.

Data boleh dikongsikan dalam bentuk cetakan digital (peta terbitan jabatan), data digital (vektor ESRi Shapefile, fail teks
data tabular, raster) atau lapisan data melalui servis web (web map service, web feature service) serta aplikasi interaktif (peta, dashboard, story map). 

  1. Data akan dibekalkan dalam tempoh TIGA (3) HARI BEKERJA dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  2. Bayaran dalam bentuk tunai atau Bank Draft perlu dibuat ke UNIT KEWANGAN, IBU PEJABAT JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA sebelum membuat tuntutan dibekalkan (bagi permohonan data secara berbayar sahaja).
  3. Pemohon disyaratkan untuk memberikan maklumbalas/ menyerahkan kembali data yang telah ditambah nilai dalam tempoh 6 bulan selepas data dibekalkan (bagi permohonan data secara percuma sahaja).
  4. Surat iringan / surat rasmi jabatan dengan justifikasi lengkap -skop kajian, jenis data / peta yang diperlukan, kawasan / koordinat x , y (unit RSO meter), saiz peta, format data digital atau peta cetak (hardcopy).
  5. Pekongsian data terhad kepada data yang mana JMG adalah CUSTODIAN DALAM BIDANG MINERAL DAN GEOSAINS dan ketersediaan data yang sedia ada.

Carta alir proses penyebaran data geospatial secara luaran (G2G, G2B, G2C, G2E)

Ada.

Perkongsian data secara Berbayar (agensi swasta / orang awam) atau Percuma melalui laman Malaysia Geoportal (mygeoportal) dibawah program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) oleh Pusat Geospatial Negara (PGN) dengan kebenaran edaran oleh JMG dan terhad kepada Set Data Asas (Fundamental Dataset) sahaja.

Peta / laporan bercetak boleh didapati daripada Perpustakaan JMG (Ibu Pejabat, Putrajaya / Cawangan JMG Sarawak, Kuching / Cawangan JMG Sabah, Kota Kinabalu) dengan/tanpa caj harga yang minima. 

Statistik Pelawat

53124
Hari Ini: 84
Minggu Ini: 429
Bulan Ini: 1,862
Jumlah: x

Tarikh Kemaskini Portal

  • 08 September 2024